Di awal
penghasilan puisi oleh seseorang penyair, ukuran pencapaian dilihat dari aspek
dekorasi. Sebuah puisi dikatakan baik dan indah sekiranya ia banyak memasukkan diksi-diksi
puitis. Pada dekad 1960-an, sajak-sajak Usman Awang yang banyak berunsurkan dekoratif
menjadi ikutan gaya penulis ketika itu sehinggakan menjadi suatu klise kepada penyair-penyair
baharu. Namun kini, kelompok penyair baharu mulai sedar bahawa identiti kepenyairan
adalah penting. Peminat susastera mula menemui gaya kepenyairan yang mula mengenengahkan
idea dan pemikiran tersendiri.
Program
Majlis Lima Jiwa Satu Hati yang telah diadakan di Pulau Labuan pada 26-28
haribulan Jun baru-baru ini merupakan kesempetan bertemu dengan penulis-penulis Persatuan Penulis
Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Menerusi pengamatan, terdapat ramai
penulis baharu dan senior yang sangat berbakat walaupun jarang didedahkan di dada media massa seperti Othman Mahali,
Sahar Misrom, Hasnah Sambas, Suili Bakar ANS, Norgadis Labuan.
Apabila membaca sajak-sajak Norgadis
Labuan akan menemukan kita dengan gaya kepenyairannya. Aspek yang paling ketara
ialah bahawa sajak-sajak beliau banyak berbentuk liris. Mengakrabi
sajak-sajaknya akan menyedarkan kita bahawa ada kisah dan mesej yang ingin ditonjolkan
dalam garapan karyanya dan kisah itu berada dalam balutan gaya lirisnya.
Tidak
sukar untuk memahami kisah yang ingin disampaikan kerana sajak-sajak beliau
banyak
menggunakan
bahasa mudah untuk dimesrai khalayak pembaca. Menyelesakan pembaca untuk menghayati
setiap bait-bait kata dengan emosi secara naratif, sajak dihasilkan berkisar
tentang kisah kehidupan dan suara kecintaannya sebagai gadis pulau. Ianya boleh
didalami menerusi sajak Aku Anak Nelayan, Antara Dua Benua, Gema
Citra Suara Borneo, Labuan Bandar Kecilku, Pulauku dan Sepulau Sekasih Kita.
Berkongsi
latar belakangnya, wanita berbakat ini dilahirkan di Kampung Layang-Layangan
Labuan pada 03 April 1971. Mendapat pendidikan di SRK Kerupang Labuan dan SMK
Labuan.
Menjadi
ahli Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) pada tahun 1987,
tetapi mula aktif berpersatuan pada tahun 2009. Norgadis pernah menjadi
Penolong Setiausaha dan Setiausaha PERWILA sebelum ini dan kini merupakan
Bendahari PERWILA.
Taburan
jasa dan pengalamannya banyak digunakan membantu menghidupkan lagi kegiatan
PERWILA.
Menariknya,
Norgadis menjadi ahli PERWILA semenjak di bangku persekolahan lagi iaitu pada
tahun 1987 atas dorongan Pengetua Sekolah Menengah Labuan, Ahmad Badri dan
Pengetua Sekolah Menengah Membedai, Othman Mahali yang merupakan Ketua 1
PERWILA.
Selain
sajak, Norgadi mencuba bakat dalam kegiatan teater dan membuat beberapa
pementasan bagi sekolah sempena Hari Guru, Hari Kebangsaan dan Minggu Sastera Labuan.
Majlis Penyampaian Cenderamata Sempena
Bicara Karya Mawar Merah dan Bicara Langit Kepada Awan
Empunya
nama sebenar Masmah Mohd Ali ini merupakan penulis wanita pertama di Pulau
Labuan yang Berjaya menghasilkan kumpulan puisi persendirian berjudul Mawar Merah.
Menerusi Mawar Merah dia menonjolkan suara tulus
penulis wanita dan ingin ditatap secara jernih oleh khalayak pembaca.
Kerana
itu, dia berharap kumpulan puisi itu dapat menambahkan lagi koleksi karya
sastera khususnya puisi di Wilayah Persekutuan Labuan dan bermanfaat kepada pembaca.
Baris-baris puisi dibina secara ‘readerly’ untuk mengongsi makna dengan pembaca. Beliau berpendapat, sebagai penulis wanita, dia bertanggungjawab untuk mengangkat martabat kaum wanita itu sendiri. Karya-karya yang dihasilkan hendaklah yang member teladan yang baik kepada masyarakat serta elakkan menghasilkan karya yang menjatuhkan kaum wanita, kerana karya seperti itu akan menimbulkan persepsi negative masyarakat terhadap kaum wanita.
Baris-baris puisi dibina secara ‘readerly’ untuk mengongsi makna dengan pembaca. Beliau berpendapat, sebagai penulis wanita, dia bertanggungjawab untuk mengangkat martabat kaum wanita itu sendiri. Karya-karya yang dihasilkan hendaklah yang member teladan yang baik kepada masyarakat serta elakkan menghasilkan karya yang menjatuhkan kaum wanita, kerana karya seperti itu akan menimbulkan persepsi negative masyarakat terhadap kaum wanita.
“Ia juga
berharap dapat menjadi titik semangat kepada penulis lain untuk terus
menghasilkan karya yang lebih baik,” katanya.
Berbicara
lanjut, penulis wanita ini berpegang kepada falsafah hidup, ‘jangan banding
usaha kita dengan orang lebih rendah, tapi bandinglah usaha kita dengan orang
lebih tinggi, pasti kita akan terus berusaha mencari tempat yang lebih baik.’
Falsafah
inilah yang sentiasa menjadi pendorong positif untuk beliau terus menulis di
samping sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat yang memahami minat beliau
sebagai penulis.
Norgadis
menceburi bidang penulisan dalam ganre puisi pada tahun 1986. Puisi pertama tersiar di akbar Nadi Labuan pada tahun 1987. Kemudian berjinak-jinak pula dalam penulisan
cerpen pada tahun 1991 dan karya pertamanya itu tersiar di Radio Malaysia Labuan
pada tahun 1992.
Sepanjang
penglibatan sebagai penulis, larikan mata pena beliau telah dimuatkan ke dalam
lebih daripada 30 antologi bersama penulis dalam negara dan Nusantara. Mahu pergi jauh dan serius dalam bidang
penulisan membuatkan Norgadis sering melibatkan diri menyertai pelbagai kursus
dan bengkel bsgi mempertajamkan lagi kemahiran penulisannya.
PROFIL
- · Tempat Ketiga Peraduan Menulis Puisi PERWILA 1998 - Aku Benci Padamu
- · Penghargaan Pertama Sayembara Menulis Cerpen IV dan Puisi II 2000 - Tumbangnya Si Pulai
- · Penulis Terbaik Genre Puisi Hadiah Sastera PERWILA 2012 (Kategori Puisi tahun 2008/2010)
- · Penulis Kedua Terbaik Genre Cerpen Hadiah Sastera PERWILA 2012 (Kategori Cerpen tahun 2008/2010)
- · Tempat Kedua Peraduan Menulis Antologi Puisi RTM Labuan FM 2014 – Antologi Sebuah Kamar Yang Kaku
- · Tempat Pertama Peraduan Menulis Sajak HSH Januari 2015 - Banjir
- · Tempat Pertama Peraduan Menulis Sajak HSH tema Ramadan Jun 2015 - Ramadan
- · Tempat Ketiga Peraduan Menulis Puisi PERWILA 2015 - Jendela Dunia
- · Tempat Ketiga Peraduan Menulis Cerpen RTM Labuan FM 2015 - Seorang Tua Di Tepi Pantai
- · Warkah Penghargaan Tinta Emas daripada Kerajaan Negeri Sabah 2003.
- · Anugerah Pengerak Bahasa dan Sastera Budaya PERWILA 2015
- · Anugerah Penulis PERWILA 2015 (Kategori Buku Antologi)
- · Anugerah Khas Penulis Antarabangsa PERWILA 2015
·
SINAR HARIAN, Ahad 10 Julai 2016
IKON SENI
& BUDAYA